The English and Chinese Youth Leaders’ Retreat was held at Kokol Prayer Summit from 25-27 March 2019. It was specially-organised to minister to and refresh the English and Chinese speaking youth leaders throughout the whole Diocese. 66 leaders from 16 parishes participated in the retreat. We had the privilege of having speakers from our own Diocese, namely Revd Timothy Sng, Ps Grace Thien, Andy Liau and Revd Nickson Chia, who shared their passion and calling to reach out to this generation of youth. Their sharing challenged all to have a paradigm shift to build and strengthen the youth that they might have a healthy and godly self-image to be the “Leaders of Today” and no longer just the “Leaders of Tomorrow.” Participants were also challenged to see the great potential God has given our youth to impact the world and build His church! Many youth leaders were blessed and experienced God’s healing. Some received visions and others were refreshed. Let us pray for a new season of youth revival in our Diocese! All Glory be unto God!
Retret Pemimpin Muda-mudi Bahasa Inggeris & Cina telah diadakan di Kokol Prayer Summit dari 25hb-27hb Mac 2019. Acara ini telah dianjurkan khusus untuk melayani dan menyegari pemimpin muda-mudi Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dari seluruh Diosis. 66 orang pemimpin daripada 16 paroki telah mengambil bahagian dalam retret tersebut. Mereka telah berpeluang mendengar para penceramah daripada Diosis kami, iaitu Revd Timothy Sng, Ps Grace Thien, Andy Liau dan Revd Nickson Chia, yang telah berkongsi keghairahan dan panggilan mereka untuk menjangkau muda-mudi generasi ini. Perkongsian mereka telah mencabar para hadirin untuk menerima suatu anjakan paradigma untuk membina dan menguatkan pemuda-pemudi agar mereka mempunyai imej diri yang sihat dan saleh untuk menjadi “Pemimpin Masa Kini” dan bukan sahaja “Pemimpin Masa Depan.” Para peserta juga telah dicabar untuk melihat potensi hebat yang Allah telah beri kepada muda-mudi kita untuk memberi impak kepada dunia dan membina gereja-Nya! Ramai pemimpin muda-mudi telah diberkati dan mengalami penyembuhan Allah. Ada yang menerima penglihatan dan ada lagi yang disegarkan. Marilah kita berdoa untuk satu musim kebangunan rohani baru di kalangan muda-mudi Diosis kita. Segala kemuliaan kepada Allah!
Revd Nickson Chia