Bahan Doa—19 April 2020

 

1. Kesyukuran

Keluaran 15:26
Firman-Nya: “Jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan suara TUHAN, Allahmu, dan melakukan apa yang benar di mata-Nya, dan memasang telingamu kepada perintah-perintah-Nya dan tetap mengikuti segala ketetapan-Nya, maka Aku tidak akan menimpakan kepadamu penyakit manapun, yang telah Kutimpakan kepada orang Mesir; sebab Aku Tuhanlah yang menyembuhkan engkau.”

2 Tawarikh 7:14
Dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka.

◦ Kita ucap syukur dan pujian kepada Allah kerana Dia taat dan setia pada firman-Nya. Apabila kita merendahkan diri di hadapan-Nya dan berbalik daripada pemberontakan kita, Dia akan mendengar doa-doa kita dan memulihkan kita
◦ Kita memuji Allah atas perkhidmatan cemerlang kakitangan perubatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan pemimpin negara ini dalam membanteras COVID-19 dan memastikan rakyat dilindungi daripada virus ini
◦ Bersyukur pada Allah kerana ramai telah sembuh daripada jangkitan COVID-19
◦ Kita ucap syukur pada Allah atas pembekalan-Nya – roh, jiwa, tubuh dan bekal-bekal pada masa keperluan kita
◦ Luangkan masa untuk memuji Allah dan menyembah-Nya untuk Pengharapan yang kita ada di dalam Allah yang mengasihi kita dan terus menyediakan bagi kita

2. Pertaubatan

Pertaubatan peribadi dan korporat

1 Petrus 2:9
Tetapi kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri, supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib:

Akui dan bertaubat atas dosa-dosa di mana Gereja telah gagal dalam peranan kita sebagai imamat kepada dunia dan “memberitakan perbuatan-perbuatan besar-Nya”:

◦ Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa ketidaksetiaan terhadap kebenaran Alkitab
◦ Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa ketidakpedulian terhadap keperluan orang-orang asing, orang yang tertindas, mereka yang kurang bernasib baik, terpinggir, tidak dibela dan mereka yang menderita dalam ketidakadilan

Yohanes 13:34-35
Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi. Dengan demikian semua orang akan tahu, bahwa kamu adalah murid-murid-Ku, yaitu jikalau kamu saling mengasihi.”

• Akui dan bertaubat kerana gagal menunjukkan kepada dunia kasih Allah dengan meghidupkan kasih Kristus di antara saudara- saudari dalam keluarga Allah
• Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa perpecahan dalam Tubuh Kristus, di mana kita telah gagal untuk menjadi saksi yang tulen kepada dunia
• Akui dan bertaubat kerana gagal untuk berdoa syafaat secara khusus untuk bangsa-bangsa, tekun dalam doa untuk Gereja dan masyarakat
• Akui dan betaubat kerana gagal untuk menjadi suara nubuatan Allah kepada bangsa-bangsa

3. Berdoa untuk Gereja

◦ Berdoa untuk kepimpinan Gereja Allah, agar Gereja mempunyai hikmah dari syurga untuk membuat keputusan yang saleh dan menyediakan kepimpinan saleh kepada mereka di bawah tanggungjawab mereka. Berdoa agar TUHAN akan terus berbicara kepada mereka mengenai Gereja-Nya di tengah pandemik ini. Khususnya ingati Archbisyop dan semua bisyop
◦ Berdoa untuk semua umat Kristian dalam arena politik negara ini, agar mereka akan merendahkan diri di hadapan Allah dalam ketakutan akan TUHAN dan membuat pilihan yang saleh dan keputusan yang bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat dan negara
◦ Berdoa agar umat Allah akan dapat mencari realiti kasih Allah yang begitu dekat dengan kita di dalam kehidupan seharian kita dan iman terus diperkukuhkan
◦ Berdoa agar Gereja akan sensitif terhadap keperluan orang-orang sekitar mereka, agar kita akan mengkongsikan kasih Allah, berita pengharapan dan injil keselamatan kepada mereka, terutamanya Gereja di Malaysia dan provinsi Asia Tenggara
◦ Berdoa untuk hikmah Allah pada saat kita menyesuaikan diri dengan normal baru dalam hidup kita pada masa ini. Berdoa agar Gereja akan terus mengalami hadirat Allah secara mendalam dengan cara kebaktian yang baru pada hari Minggu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berdoa agar umat Allah akan terus berada di dalam persekutuan dengan menggunakan teknologi internet
◦ Meminta TUHAN untuk berbicara kepada umat-Nya pada saat ini, supaya kita akan mengetahui bahagian-bahagian hidup kita yang perlu diatur semula dan diutamakan semula

4. Berdoa untuk bangsa-bangsa

◦ Berdoa agar kita akan meningkatkan tahap pertaubatan kita di hadapan TUHAN yang akan menyebabkan rahmat-Nya menang menentang pandemik Covid-19
◦ Berdoa agar kita yang berdoa akan menerima kekuatan syurgawi dari TUHAN untuk berdoa dengan efektid dalam musim berdoa dan pertaubatan ini dalam Nama Yesus
◦ Isytiharkan bahawa mereka yang menaruh kepercayan di dalam TUHAN dalam musim ini akan menerima imuniti syurgawi dari TUHAN menentang wabak ini
◦ Bawakan pertaubatan atas semua kegelapan yang memenuhi tanah kita dan memberi kesempatan kepada musuh untuk menindas kita. Banyak tabiat dan aktiviti sosial yang kita anggap normal adalah kekejian di hadapan TUHAN
◦ Bertaubat daripada semua ketidakmoralan seksual di atas tanah ini
◦ Bertaubat atas budaya minum arak dalam negara kita yang melemahkan kita terutamanya kaum lelaki dan bapa yang telah menjadi tidak bertanggungjawab dan tidak dapat menjaga keluarga mereka
◦ Berdoa untuk rahmat Allah atas negara-negara yang terjejas oleh COVID-19 dan meminta Allah menyelamatkan negara-negara ini. Berdoa dan menentang kerja-kerja penghancuran musuh yang bertentangan dengan tujuan Allah untuk bangsa-bangsa. (Sila rujuk senara negara yang terjejas oleh koronavirus)

i. Berdoa menentang ketakutan (gunakan Mazmur 91, 23, 46 untuk berdoa)
ii. Berdoa untuk mereka yang sedang atau akan terjejas oleh penyebaran koronavirus yang berterusan ini dan berdoa untuk kesembuhan. Berdoa untuk mereka di mana nafkahnya terjejas, dan pelajar di mana pelajaran mereka terganggu
iii. Berdoa untuk kerajaan kita dan kerajaan lain di serata dunia, agar mereka akan mempunyai hikmah untuk meminima, mengawal dan membanteras pandemik ini
iv. Berdoa untuk ketersediaan sumber-sumber untuk membantu membanteras virus ini, terutamanya di negara-negara miskin
v. Berdoa untuk perlindungan ke atas kakitangan perubatan, dan mereka yang berada di barisan hadapan termasuk polis, tentera, pembekal perkhidmatan penting, warga tua, mereka yang ada masalah kesihatan, dll
vi. Berdoa untuk kesembuhan dan pemulihan ekonomi negara dan kewangan rakyat negara ini selepas PKP ditarik

◦ Memohon rahmat dan kasih setia Allah

Mazmur 25:6-7
Ingatlah segala rahmat-Mu dan kasih setia-Mu, ya TUHAN, sebab semuanya itu sudah ada sejak purbakala. Dosa-dosaku pada waktu muda dan pelanggaran-pelanggaranku janganlah Kauingat, tetapi ingatlah kepadaku sesuai dengan kasih setia-Mu, oleh karena kebaikan-Mu, ya TUHAN.

i. Berdoa agar bangsa-bangsa akan berbalik pada Allah dan menaruhkan kepercayaan mereka pada Allah. Berdoa agar orang ramai akan rendahkan diri mereka dan berbalik pada Allah untuk pertolongan dan rahmat
ii. Berdoa agar orang ramai di negara ini akan dapat mencari Yesus sebagai pengharapan yang pasti dalam masa kesulitan
iii. Laungkan damai, hidup, pengharapan dan pemulihan terhadap negara kita dan bangsa-bangsa
iv. Berdoa agar ekonomi, sistem kewangan dan hubungan antarabangsa sedunia akan dipulihkan untuk masa depan yang lebih baik

◦ Fokus pada Salib Yesus, dan gunakan Kuasa Nama Yesus untuk menentang semua virus