Bahan Doa—31 Mei 2020

 

Berikut adalah bahan doa bagi minggu yang bermula pada hari minggu, 31hb Mei 2020:

1. Kesyukuran

Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku. Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu. Aku tidak akan meninggalkan kamu sebagai yatim piatu. Aku datang kembali kepadamu. (Yohanes 14:15-18)

• Bersyukur kepada Tuhan bahawa Dia tidak akan meninggalkan kita sebagai yatim piatu, dan Dia telah memberi Roh Kudus-Nya untuk menjadi Penolong dan Penasihat kita.
• Bersyukur kepada Tuhan kerana ramai yang telah sembuh dari jangkitan virus Covid-19 terutama sekali di negara ini. Bersyukur atas perlindungan-Nya daripada jangkitan Covid-19 di mana kita dapat lihat penyebaran Covid-19 dapat dikawal di negara kita.
• Kita memuji Tuhan bahawa ketika negara kita bergerak menuju kepada pembukaan semula kegiatan ekonomi dan sosial, kebanyakan warga negara sedar akan tanggungjawab sosial mereka terhadap satu sama lain dan terus mengamalkan penjagaan kebersihan yang baik.
• Kita bersyukur dan memuji Tuhan bahawa Dia adalah Bapa yang Setia, yang menjaga anak-anak-Nya yang percaya kepada Yesus dan mengakui ketuhanan Yesus dalam hidup mereka.

2. Pertaubatan

Pertaubatan Peribadi dan Korporat

“Tetapi sekarang juga,” demikianlah firman TUHAN, “berbaliklah kepada-Ku dengan segenap hatimu, dengan berpuasa, dengan menangis dan dengan mengaduh.” Koyakkanlah hatimu dan jangan pakaianmu, berbaliklah kepada TUHAN, Allahmu, sebab Ia pengasih dan penyayang, panjang sabar dan berlimpah kasih setia, dan Ia menyesal karena hukuman-Nya. Siapa tahu, mungkin Ia mau berbalik dan menyesal, dan ditinggalkan-Nya berkat, menjadi korban sajian dan korban curahan bagi TUHAN, Allahmu. (Yoel 2:12-14)

• Marilah kita meluangkan masa memohon Tuhan untuk memperlihatkan kepada kita jalan-jalan yang jahat dan perbuatan daging dalam diri kita. Kita bukan hanya mengaku dan bertaubat dari perbuatan dosa (‘mengoyak pakaian kita’ – Yoel 2:13) tetapi kita juga bertaubat dari jalan-jalan kita yang jahat dan corak hidup kita yang berdosa, pemikiran dan cara kita membuat keputusan (‘mengoyak hati kita’) yang sering membawa kita kepada perbuatan dosa dan kerja yang tidak berbuah.
• Mintalah Tuhan untuk menunjukkan kepada kita jika ada jalan yang jahat dalam diri kita, corak pemikiran, respons emosi atau apa -apa perkara yang tidak memberi penghormatan kepada-Nya. Mengaku dan bertaubat atas perkara yang telah dinyatakan oleh Tuhan.
• Mengaku dan meminta Tuhan untuk mengampuni kita atas sikap yang mementingkan diri sendiri, berprasangka buruk dan saling membinasa, di mana kita telah gagal atau lalai untuk mencari dahulu Kerajaan Tuhan.
• Mengaku dan bertaubat dari segala tindakan, sikap, pilihan gaya hidup, secara peribadi atau korporat yang memberikan kesaksian buruk terhadap Kristus, bahkan menjadi batu sandungan bagi orang lain untuk mengenali Kristus dan Kuasa Kebangkitan-Nya.
• Mengaku dan bertaubat kerana kita mudah sesat akibat hidup yang mengikut pengaruh daging dan dunia.
• Mengaku dan bertaubat kerana kurang keinginan untuk berdoa.
• Mengaku dan bertaubat kerana memusatkan perhatian doa kita kepada keperluan diri kita dan bukan untuk mencari kemuliaan Tuhan dan Kerajaan-Nya.
• Mengaku dan bertaubat kerana berdoa secara ‘ad hoc’ untuk negara kita. Kita memohon pengampunan Tuhan kerana kita hanya berdoa untuk negara kita apabila kita melihat sesuatu yang salah telah berlaku, malah sering kali kita gagal untuk melihat.
• Mohonlah kepada Tuhan untuk menunjukkan kepada kita jika Gereja terlalu fokus kepada program daripada mencari kehadiran Tuhan, terlalu fokus kepada projek-projek bangunan yang tidak penting daripada membina manusia, terlalu fokus mengajar pengetahuan dan bukannya memuridkan umat Tuhan, berfokus kepada keperluan diri kita sendiri dan bukannya keperluan dunia di sekeliling kita yang hilang dan dalam kemusnahan tanpa Yesus.
• Tuhan, ampunilah kita, bangsa kita dan bangsa-bangsa di dunia ini kerana bertempur dan bersaing antara satu sama lain bila keadaan memerlukan kerjasama dan toleransi untuk kebaikan semua.

3. Berdoa untuk Gereja

• Berdoalah agar Roh Kudus membimbing, mengarah dan memberi kekuatan kepada umat Tuhan dan para pemimpin untuk membuat strategi kehidupan, penyembahan dan kesaksian selepas pandemik.
• Berdoalah agar Tuhan mengatur kembali hubungan kita dengan jemaat lain di Gereja dan memusatkan kembali hubungan itu kepada Kristus.
• Mintalah Tuhan untuk membangkitkan Gereja-Nya supaya berdoa bersungguh-sungguh untuk Gereja, negara dan bangsa-bangsa lain di dunia ini.
• Mintalah Tuhan untuk mempersiapkan Gereja sebagai Pengantin-Nya yang menantikan kedatangan-Nya yang ke-2. (Efesus 5:26-27)
• Berdoalah agar Tuhan menunjukkan kepada kita bagaimana Dia akan membawa kebangkitan rohani ke dunia ini dan berdoa agar umat Tuhan mempunyai satu perubahan paradigma yang menurut arah haluan-Nya.
◦ Kita doakan agar Gereja dibimbing menggunakan strategi-strategi baru untuk menjangkau dunia dengan Injil Yesus Kristus. Doakan untuk penuaian jiwa pada musim Pesta Menuai.
◦ Berdoalah agar jemaat Tuhan terus menaruh harapan kepada Kristus yang telah dibangkitkan. Berdoa untuk kepemimpinan Gereja Tuhan, untuk kebijaksanaan ilahi membuat keputusan yang salih dan memberikan kepemimpinan yang salih terhadap mereka yang berada di bawah tanggungjawab mereka. Berdoalah agar Tuhan terus berbicara kepada mereka mengenai Gereja-Nya pada waktu pandemik ini. Ingatlah terutama sekali Archbisyop kita dan para bisyop.
◦ Kita doakan untuk umat Tuhan yang terlibat dalam bidang politik di semua negara di dunia, agar mereka merendahkan diri di hadapan Tuhan dalam ketakutan kepada Tuhan dan membuat pilihan yang salih dan keputusan yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat dan bangsa.
◦ Doakan untuk umat Tuhan agar setiap hari mereka mendapat penghiburan dari Kristus yang telah Bangkit. Bila mereka mengalami hadirat dan kasih-Nya, mereka akan menemukan kekuatan untuk mengatasi cabaran dalam hidup.
◦ Berdoalah agar Gereja, terutama Gereja di Malaysia dan di wilayah Asia Tenggara, peka kepada keperluan orang-orang di sekeliling mereka, agar Gereja dapat mengongsikan kasih Tuhan serta memberitakan harapan dan Injil keselamatan.
◦ Berdoalah agar Gereja pada masa ini akan menunjukkan kasih secara praktikal dan melakukan kebaikan kepada jiran kita, terutama kepada mereka yang berada di luar Gereja supaya dapat bersaksi tentang kasih Tuhan.
◦ Berdoalah untuk Gereja agar Tuhan menuntun kita ke arah normal yang baru dari segi persekutuan, kesaksian dan penginjilan, pemuridan dan pelayanan kita ketika kita memasuki pembukaan semula ekonomi.
◦ Berdoalah untuk kebaikan, rahmat dan kebijaksanaan Tuhan kepada semua umat-Nya, agar rezeki mereka dipulihkan. Berdoalah agar mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan akan mendapat kebaikan dan mujizat Tuhan dalam hidup mereka pada bulan-bulan yang akan datang.
◦ Berdoalah untuk Institut Latihan Anglikan (ATI) ketika kita memasuki pembelajaran melalui dalam talian. Berdoalah untuk semua tutor dan pelajar bahawa mereka akan berinovasi dan meneruskan latihan yang berkesan untuk melengkapkan umat Tuhan dalam pelayanan dan untuk ladang penuaian.

4. Berdoa untuk Bangsa-bangsa

• Berdoalah agar kita membangunkan satu tahap pertaubatan di hadapan Tuhan yang akan menyebabkan rahmat-Nya menang mengalahkan pandemik Covid-19 di negara ini.
• Berdoalah untuk belas kasihan Tuhan terhadap negara-negara yang terjejas oleh virus Covid-19 dan berserulah kepada-Nya untuk menyelamatkan mereka. Berdoa menentang pekerjaan musuh yang ingin merosakkan tujuan Tuhan untuk bangsa-bangsa. (lihat senarai negara terbaru yang terkena coronavirus)

◦ Berdoa menentang ketakutan, kegelisahan dan rasa putus asa.
◦ Berdoa untuk mereka yang terjejas atau akan terjejas oleh penyebaran koronavirus yang berterusan dan berdoa untuk penyembuhan. Berdoalah untuk mereka di mana mata pencarian mereka terjejas teruk, dan untuk para pelajar kerana persekolahan mereka terganggu.
◦ Doakan untuk kerajaan kita dan kerajaan-kerajaan lain di seluruh dunia, agar mereka memiliki kebijaksanaan untuk mengurangkan, mengawal dan memerangi pandemik ini.
◦ Doakan untuk ketersediaan sumber bagi membantu memerangi virus ini, terutama di negara-negara miskin.
◦ Doakan perlindungan untuk kakitangan perubatan dan mereka yang berada di barisan hadapan termasuk polis, tentera darat, tentera laut, penyedia perkhidmatan penting, warga tua, mereka yang mempunyai masalah kesihatan, dll.
◦ Doakan untuk penyembuhan dan pemulihan ekonomi negara dan kewangan rakyat untuk beberapa bulan yang akan datang.
◦ Doakan agar semua pemimpin nasional dan pemimpin politik mempunyai kerendahan hati.

• Berdoa untuk negara kita
◦ agar pemimpin kita akan bertindak demi kepentingan negara, bukan sahaja untuk kepentingan mereka sendiri tetapi juga untuk kepentingan rakyat dan generasi yang akan datang
◦ agar Tuhan akan mengasihani negara ini dan melindungi umat manusia dari kesan salah laku para pemimpin pada masa lalu dan masa kini
◦ untuk masa Tuhan dan cara Tuhan melaksanakan keadilan, menetapkan kebenaran dalam sistem kerajaan
◦ agar adanya kepemimpinan yang tegas dan tidak mementingkan diri dan memiliki integriti yang terbukti di semua peringkat.

• Berdoa menentang wabak di hati (1 Raja-raja 8:38-39) dalam bangsa-bangsa di dunia dan meminta Tuhan membuka mata bangsa-bangsa melalui pandemik ini untuk melihat kebodohan dan keingkaran diri kita sendiri .
• Bawa pertaubatan untuk segala kegelapan yang telah memenuhi negara kita kerana kegelapan itu memberi peluang kepada musuh untuk menindas kita. Banyak kelakuan dan aktiviti sosial yang kita anggap sebagai normal adalah keji di depan Tuhan. Luangkan masa untuk mencari Tuhan dan biarlah Tuhan menginsafkankan kita supaya kita bertaubat.
• Fokus kepada Salib Yesus, menggunakan Kekuatan Nama Yesus terhadap segala virus dan semua kerja kerajaan iblis. Mula menentang penindasan dan ancaman musuh terhadap umat Tuhan atau terhadap mereka yang berusaha untuk hidup, bersuara dan bertindak dengan benar dan dengan integriti.

◦ Bangkitkan peperangan rohani untuk melawan kekuatan kegelapan yang sedang berusaha menjadikan bangsa ini hambanya.
◦ Menolak sebarang doa sihir terhadap kerajaan negara ini.
◦ Menentang perompak, pencuri dan pemusnah yang ingin merosakkan negara ini.
◦ Luangkan masa memuji dan menyembah Tuhan bagi menobatkan Dia.