A Litany from Tongud | Satu Litani dari Tongud

A litany is a traditional form of prayer used in congregational worship where a series of short petitions spoken by the priest or lay liturgist is answered by the congregation. Christians have been praying litanies since at least the 4th century A.D. In 1544, Archbishop Thomas Cranmer of Canterbury produced the first English litany, which since its inclusion in the first Book of Common Prayer of the Church of England in 1549 has become an important feature of classical Anglican worship. Before the days of the Parish Communion Movement which led to our contemporary Anglican worship practices, it was often prayed in between the services of Morning Prayer and Holy Communion on a Sunday morning.

Miss Sheila Merryweather (today Sister Sheila Julian CSC) was a missionary teacher of the Society for the Propagation of the Gospel (SPG) in Sabah from 1956-1972. She served as the principal of Epiphany Mission School, Tongud from 1966-1972. During her time in Tongud, she compiled an indigenised form of Cranmer’s Litany in the Book of Common Prayer, which came to be known as “A Tongud Litany.” The petitions in this local litany were far more relevant to the everyday concerns of villagers in Tongud when compared to the traditional Anglican litany.

Here is the text of the prayer compiled by Miss Merryweather, followed by a new translation into Bahasa Malaysia.

Litani adalah satu doa tradisional yang digunakan sewaktu penyembahan jemaat di mana satu siri permintaan dari paderi atau pemimpin awam dijawab oleh jemaat. Orang Kristian telah mula berdoa menggunakan litani kira-kira pada abad ke-4. Pada tahun 1544, Archbisyop Canterbury Thomas Cranmer telah menulis litani pertama dalam Bahasa Inggeris. Sejak Litani ini dimasukkan ke dalam Buku Sembahyang Gereja England yang pertama pada tahun 1549, ia telah menjadi satu ciri utama penyembahan Anglikan klasik. Pada zaman sebelum Gerakan Penjamuan Paroki yang melahirkan amalan penyembahan Anglikan masa kini, ia seringkali didoakan di antara kebaktian Sembahyang Pagi dan Penjamuan Kudus.

Cik Sheila Merryweather (Sister Sheila Julian CSC) merupakan seorang guru misionaris Persatuan Penyebaran Injil (SPG) yang melayani di Sabah pada tahun 1956-1972. Beliau telah melayani sebagai pengetua Sekolah Misi Epiphany, Tongud dari 1966-1972. Ketika beliau di Tongud, beliau telah menyusun satu litani berbentuk tempatan dari Litani Cranmer dalam Buku Sembahyang Anglikan, yang telah dipanggil “Satu Litani Tongud.” Permintaan dalam litani tempatan ini lebih berkaitan dengan kehidupan harian penduduk kampung di Tongud jika dibandingkan dengan litani Anglikan tradisional.

Berikut adalah doa yang disusun oleh Cik Merryweather dalam Bahasa Inggeris, diikuti oleh satu terjemahan baru dalam Bahasa Malaysia.

A TONGUD LITANY

From all dangers, and tempations too strong,
Good Lord, deliver us.

From floods which sweep away homes, livestock and produce,
Good Lord, deliver us.

From storms which blow off roof-tops,
Good Lord, deliver us.

From falling through floors, off bamboo bridges or out of boats,
Good Lord, deliver us.

From lack of boats, boatmen, petrol and engines,
Good Lord, deliver us.

Through storms at sea, and rapids in the river,
Good Lord, deliver us.

From too fast launches, which overturn or swamp our boats,
Good Lord, deliver us.

From break downs in radio communications,
Good Lord, deliver us.

From lack of medical and educational supplies,
Good Lord, deliver us.

From material hardships caused by lack of financial support,
Good Lord, deliver us.

From malaria, T.B. and dysentry,
Good Lord, deliver us.

From snakes, scorpions, centipedes, and all harmful creatures,
Good Lord, deliver us.

From mosquitoes, boring beetles, ants and caterpillars,
Good Lord, deliver us.

O Lord, for those who seek to serve You in Tongud we pray : keep them in the knowledge of Your abiding presence.
O hear us, Good Lord.

Help them to keep a sense of proportion, and a sense of humour.
O hear us, Good Lord.

Give them your gifts of patience and understanding always.
O hear us, Good Lord.

Save them from misunderstandings so easily caused by language and cultural differences.
O hear us, Good Lord.

Help them to keep a firm hold on what they know to be true.
O hear us, Good Lord.

We pray that vocations to the Sacred Ministry may be found among the people of Sabah.
O hear us, Good Lord.

We pray that sufficient trained teachers may be found to staff all mission schools.
O hear us, Good Lord.

Forgive us, O Lord, that we are often too fearful and doubting.
Lord Jesus, have mercy.

Forgive us when we put our own comfort and safety before that of our fellows.
Lord Jesus, have mercy.

Forgive us that we take the people’s generosity and kindness to us for granted.
Lord Jesus, have mercy.

Forgive us that we are so often superior and condescending in our attitude.
Lord Jesus, have mercy.

Forgive us for our lack of love.
Lord Jesus, have mercy.

O Lord God, may we show forth your praise not only with our lips, but in our lives; by giving up ourselves in your service, and in the service of those for whom our Lord Jesus Christ died. May your people find freedom from fear; may they receive healing of soul, mind and body. This we ask for the sake of Jesus Christ, our Lord.
Amen.

SATU LITANI TONGUD

Daripada segala bahaya, dan pencobaan yang terlalu kuat,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada banjir yang menyapu rumah, ternakan dan hasil pertanian,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada ribut yang merosakkan bumbung,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada jatuh melalui lantai, dari jambatan buluh atau dari kapal,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada kekurangan kapal, anak kapal, petrol dan enjin,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada ribut semasa di laut, dan jeram di sungai,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada pelancaran terlalu pantas yang membalikkan atau menenggelamkan kapal kami,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada kerosakan sistem komunikasi radio,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada kekurangan bekalan perubatan dan pendidikan,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada kesusahan jasmani disebabkan kekurangan duit,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada malaria, tibi dan disentri,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada ular, kalajengking, lipan, dan segala binatang berbahaya,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Daripada nyamuk, kumbang perabut, semut dan ulat,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.

Ya Tuhan, kami berdoa untuk mereka yang ingin melayani-Mu di Tongud : peliharalah mereka dalam pengetahun kehadiran-Mu yang kekal.
Ya Tuhan yang berkasihan, dengarlah kami.

Tolonglah mereka sentiasa seimbang dan boleh berjenaka.
Ya Tuhan yang berkasihan, dengarlah kami.

Berikanlah mereka sentiasa karunia kesabaran dan pemahaman.
Ya Tuhan yang berkasihan, dengarlah kami.

Selamatkanlah mereka daripada salah faham yang begitu mudah dilahirkan oleh kelainan bahasa dan budaya.
Ya Tuhan yang berkasihan, dengarlah kami.

Tolonglah mereka berpegang kuat kepada apa yang mereka tahu adalah benar.
Ya Tuhan yang berkasihan, dengarlah kami.

Kami berdoa supaya orang Sabah akan menerima Panggilan Suci.
Ya Tuhan yang berkasihan, dengarlah kami.

Kami berdoa supaya semua sekolah misi dapat mencari guru terlatih yang cukup.
Ya Tuhan yang berkasihan, dengarlah kami.

Ampunilah kami, Ya Tuhan, kerana kami sering terlalu takut dan ragu-ragu.
Tuhan Yesus, kasihanilah kami.

Ampunilah kami apabila kami mementingkan kesenangan dan keselamatan kami sendiri sebelum rakan-rakan kami.
Tuhan Yesus, kasihanilah kami.

Ampunilah kami kerana kami tidak menghargai kemurahan hati dan kebaikan umat-Mu.
Tuhan Yesus, kasihanilah kami.

Ampunilah kami kerana kami sering bersikap sombong dan memandang rendah orang lain.
Tuhan Yesus, kasihanilah kami.

Ampunilah kami kerana kekurangan kasih kami.
Tuhan Yesus, kasihanilah kami.

Ya Tuhan Allah, semoga kami memuji Nama-Mu tidak hanya menggunakan mulut kami, tetapi juga dalam hidup kami; dengan menyerahkan diri kita untuk melayani-Mu, dan untuk melayani semua yang untuk mereka Tuhan Yesus kami telah mati. Semoga umat-Mu menemui kemerdekaan daripada ketakutan; semoga mereka menerima penyembuhan jiwa, minda dan tubuh. Kami meminta ini kerana Yesus Kristus, Tuhan kami.
Amen.