Pesanan Minggu Kebajikan Diosis Tahun 2022

Shalom, saudara-saudari dalam Kristus. Nama saya ialah James Ng. Bagi pihak anggota-anggota Lembaga Kebajikan dan Bantuan Bencana Diosis, saya mengucapkan salam damai dan kesihatan yang baik kepada anda dalam nama Tuhan kita, Yesus Kristus.

Pada kesempatan sempena Minggu Kebajikan Diosis yang jatuh pada minggu Ahad pertama bulan Jun ini, saya ingin mengambil beberapa saat daripada masa anda yang berharga dan mengajak anda semua untuk memulakan sebuah perjalanan singkat akan iman dan penemuan. Kerja-kerja dan pelayanan Allah yang maha besar dan sentiasa penyayang, yang sudah ditubuhkan dan masih utuh selama bertahun-tahun oleh hamba-hamba Allah yang setia, semakin mencabar dan berkembang mengikut peredaran masa. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dilaksanakan kerana pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2020-2022 telah membawa sebuah perspektif baharu dalam semangat dan dedikasi kita untuk melayani Tuhan. Sementara kita belajar dan mengambil cara-cara baharu berkomunikasi satu dengan yang lain, semoga Allah kita mengampuni kerana tidak cukup menunjukkan kasih satu dengan lain secara sentuhan fizikal. Malah sekarangpun, hati kita ingin menjangkau kepada orang lain untuk memberitahu mereka bahawa kita masih peduli dan mengasihi mereka seadanya.

1. Satu aspek penting yang secara khusus telah hilang daripada pelayanan Lembaga Kebajikan kita sepanjang PKP ini ialah menganjurkan Kem Perubatan/Pergigian ke kawasan-kawasan pedalaman Sabah. Halangan seumpama ini sepatutnya bersifat sementara sahaja dan akan berpanjangan sedikit masa lagi sementara situasi endemik Covid-19 beransur-ansur bertambah baik. Apabila tiba masa yang tepat, kita akan meneruskan dengan apa yang telah kita tinggalkan pada suatu ketika dahulu.

2. Persekutuan Penjara Sabah – Lembaga Kebajikan telahpun memberi dana tahunan untuk menyokong pekerjaan dan pelayanan mereka dalam kalangan komuniti penjara, pada masa lalu mahupun masa kini. Oleh kerana menghormati privasi setiap individu dalam komuniti penjara, kita tidak dapat memaparkan sebarang gambar atau video namun kami mahu menggalakkan anda untuk mengingati mereka dalam doa-doa anda, berdoa untuk saudara kita, Encik Prem Kumar dan rakan-rakan sepelayanannya, untuk pelayanan yang sedang berjalan dalam kalangan bekas komuniti penjara mahupun mereka yang masih berada di dalamnya.

3. Pusat Pembelajaran Alternatif Seguntor yang dijalankan oleh Gereja St. Michael, Sandakan dan Pusat Pembelajaran Komuniti Kundasang yang dijalankan oleh Gereja St. Paul, Ranau, sekarang ini ditunjangi oleh Lembaga Kebajikan kita dengan sejumlah dana tahunan untuk sudah sekian tahun lamanya bagi Pendidikan dalam kalangan anak-anak pekerja asing yang tiada dokumen diri. Kedua-dua pusat tersebut telah beroperasi semula sejak tahun 2022 selepas gangguan 2 tahun lalu.

4. Pendidikan –  Lembaga Kebajikan menyediakan sebuah dana bayaran sekali pembelajaran ke institut-institut pendidikan tinggi khas untuk sepuluh (atau lebih jika keperluan bertambah) pelajar yang layak menerimanya berdasarkan siapa cepat, dialah yang dapat secara tahunan. Pendapatan ibu bapa yang kurang daripada RM1,500 sebulan adalah layak untuk memohon. Semua borang permohonan boleh diperolehi daripada paderi penguasa di paroki masing-masing di dalam diosis kita dan semua borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada paderi paroki lokal untuk dipertimbangkan dan seterusnya diajukan kepada Lembaga Kebajikan untuk keputusan selanjutnya dan tertakluk kepada kelulusan akhir oleh Bishop kita.

5. Bantuan Kewangan – Lembaga Kebajikan membekalkan pelbagai bantuan kewangan kepada anggota-anggota dalam diosis kita yang ditimpa bencana alam. Kita juga menyediakan beberapa dana kepada mangsa banjir di Tenom dan Penampang, kawasan-kawasan KK pada tahun lalu. Bantuan berupa bakul makanan telah diagihkan kepada anggota-anggota gereja yang memerlukan dan rakan-rakan di dalam diosis kita pada tahun lalu di tengah-tangah pandemik Covid-19. Bantuan perubatan juga akan dipertimbangkan atas dasar kes demi kes.

6. Projek-projek berkaitan dengan Komuniti – dari masa ke semasa, Lembaga Kebajikan akan mengenalpasti projek-projek yang layak dilaksanakan di dalam diosis kita untuk meringankan dan memulihkan kehidupan peribadi, sosial dan ekonomi semua anggota Diosis. Satu bidang yang dalam penelitian kita ialah Keselamatan Makanan/Pengeluaran Makanan. Kerajaan Negeri Sabah kita telahpun menggalakkan sesiapapun dalam kalangan kita yang memiliki tanah kosong untuk mengusahakan pertanian dan/atau menternak ternakan untuk mengurangkan kos import makanan yang semakin meningkat pada tahun ini. Allah telah memberikan kita, penduduk Sabah, dengan tanah-tanah yang berkelimpahan dan subur. Adalah suatu pembaziran jika kita tidak memanfaatkannya sebaik mungkin.

Sementara misi Lembaga Kebajikan menjangkau keluar untuk membantu serta memberkati ramai orang yang memerlukan, marilah kita terus menyokong Lembaga ini dengan sepenuh hati dalam doa kita dan dengan sokongan kewangan yang kuat melalui kemurahan hati untuk memberi. Anda boleh menyumbang melalui gereja lokal anda dengan menggunakan sebuah sampul gereja atau sampul biasa dan tuliskan “Untuk Dana Kebajikan Diosis”. Cara lain ialah anda boleh melakukan pemindahan atau masukkan persembahan anda ke akaun bank HSBC, DIOCESE OF SABAH, no. akaun: 392-013397-001 atau RHBB, no. akaun: 2101 03 0000 9829 dan sila nyatakan “Untuk Dana Kebajikan Diosis dari …… nama gereja”. Sila hantar slip bank-in anda kepada Jabatan Akaun Diosis kita melalui WhatsApp@016-833 3371 atau melalui emel: lilyliau@gmail.com

Semoga kita dengan sukacitanya memberkati orang lain yang memerlukan sama seperti Tuhan kita yang Baik telah menjadi berkat yang besar kepada kita. Para anggota Lembaga dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk sumbangan setia anda terhadap pelayanan Allah. Puji Tuhan!

Dalam Kristus

Pengerusi Lembaga Kebajikan dan Bantuan Bencana Diosis

Leave a Reply

Your email address will not be published.