1. Kesyukuran
Pada saat ini, mari kita renungi kebaikan dan rahmat Allah pada kita.
Orang yang duduk dalam lindungan Yang Mahatinggi dan bermalam dalam naungan Yang Mahakuasa akan berkata kepada TUHAN: “Tempat perlindunganku dan kubu pertahananku, Allahku, yang kupercayai.” Sungguh, Dialah yang akan melepaskan engkau dari jerat penangkap burung, dari penyakit sampar yang busuk. Dengan kepak-Nya Ia akan menudungi engkau, di bawah sayap-Nya engkau akan berlindung, kesetiaan-Nya ialah perisai dan pagar tembok. (Mazmur 91:1-4)
• Kita ucap syukur pada TUHAN kerana memelihara hidup kita dan orang-orang yang kita kasihi. Bersyukur pada TUHAN atas perlindungan-Nya
• Bersyukur pada TUHAN ke atas tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kerajaan, seperti Perintah Kawalan Pergerakan, rawatan perubatan, rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan, dll, dalam membantu dan melindungi rakyat
• Ucap syukur pada Allah kerana menyembuhkan banyak orang daripada jangkitan Covid-19
• Bersyukur pada TUHAN atas banyak cara kreatif yang Gereja boleh guna untuk menjalinkan antara satu sama lain dan mengadakan ibadah secara online
• Kita ucap syukur pada TUHAN untuk keluarga, rumah dan tempat perlindungan yang kita dapat pada masa ini, dan pada setiap masa
2. Pertaubatan
a) Pertaubatan peribadi
Luangkan masa untuk tenang di hadapan TUHAN pada satu masa tertentu setiap hari. Jadikan masa itu satu perjanjian masa dengan TUHAN.
Yakub 4:8
Mendekatlah kepada Allah, dan Ia akan mendekat kepadamu. Tahirkanlah tanganmu, hai kamu orang-orang berdosa! dan sucikanlah hatimu, hai kamu yang mendua hati!
Pada saat kita membasuh tangan agar tidak dijangkiti oleh virus, mari kita sucikan hati kita daripada pencemaran dosa
i. Perhatikanlah keadaanmu
Haggai 1:7-10
Beginilah firman TUHAN semesta alam: Perhatikanlah keadaanmu! Jadi naiklah ke gunung, bawalah kayu dan bangunlah Rumah itu; maka Aku akan berkenan kepadanya dan akan menyatakan kemuliaan-Ku di situ, firman TUHAN. Kamu mengharapkan banyak, tetapi hasilnya sedikit, dan ketika kamu membawanya ke rumah, Aku menghembuskannya. Oleh karena apa? demikianlah firman TUHAN semesta alam. Oleh karena rumah-Ku yang tetap menjadi reruntuhan, sedang kamu masing-masing sibuk dengan urusan rumahnya sendiri. Itulah sebabnya langit menahan embunnya dan bumi menahan hasilnya,
• Meminta TUHAN untuk mendedahkan kepada kita keutamaan yang salah dalam hidup kita, di mana kita telah berusaha membina bait kita (kerjaya, perniagaan, pelajaran, hobi, bangunan, dll) lebih daripada membina Bait Allah (penyembahan, berusaha untuk memuliakan-Nya dalam semua yang kita lakukan walaupun ia membebankan kita, membangunkan umat-umat Allah, penginjilan, dll). Mari kita bertaubat di hadapan-Nya
• Meminta TUHAN untuk menunjukkan kepada kita hubungan kita dengan orang lain dalam hidup kita, perkerjaan dan Gereja, jika kita pernah memperlakukan mereka dengan cara yang tidak saleh, tidak mengasihi dan tidak adil. Mari kita bertaubat di hadapan-Nya
ii. Berbalik dari jalan-jalan yang jahat
2 Tawarikh 7:13-14
Bilamana Aku menutup langit, sehingga tidak ada hujan, dan bilamana Aku menyuruh belalang memakan habis hasil bumi, dan bilamana Aku melepaskan penyakit sampar di antara umat-Ku, dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka.
• Mintalah rahmat dari Allah, bahawa kita akan memecahkan kitaran dosa yang kita perlakukan pada Allah (penghinaan, tidak menghormati, dll), orang lain (tidak baik, menghakimi, cemburu, dll) dan malah diri kita sendiri (mementingkan diri sendiri, mengutuk diri sendiri, jangkaan yang tidak realistic, dll). Bertekad untuk menjauhi dir daripada mereka. Meminta Roh Kudus untuk penuhi kita dengan kepekaan terhadap dosa dan kebenaran, dan membantu kita untuk berbalik dari jalan-jalan yang jahat.
Yohanes 16:8
Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman;
iii. Berbalik pada jalan Allah
Mazmur 139:23-24
Selidikilah aku, ya Allah, dan kenallah hatiku, ujilah aku dan kenallah pikiran-pikiranku; lihatlah, apakah jalanku serong, dan tuntunlah aku di jalan yang kekal!
Yemeria 6:16
Beginilah firman TUHAN: “Ambillah tempatmu di jalan-jalan dan lihatlah, tanyakanlah jalan-jalan yang dahulu kala, di manakah jalan yang baik, tempuhlah itu, dengan demikian jiwamu mendapat ketenangan. Tetapi mereka berkata: Kami tidak mau menempuhnya!
• Meminta TUHAN untuk tunjukkan “jalan-jalan yang dahulu kala” Nya pada anda, cara-cara yang baik dalam semua urusan dan hubungan anda. Luangkan masa untuk membaca firman Allah, dan meminta TUHAN untuk membimbing anda khususnya dalam cara yang saleh, yang pada akhirnya akan membawa kepada pemulihan dan keberhasilan
b) Berdoa untuk bangsa-bangsa
2 Tawarikh 7:13
Bilamana Aku menutup langit, sehingga tidak ada hujan, dan bilamana Aku menyuruh belalang memakan habis hasil bumi, dan bilamana Aku melepaskan penyakit sampar di antara umat-Ku,
Yeremia 6:17-19
Juga aku mengangkat atas mereka penjaga-penjaga, firman-Ku: Perhatikanlah bunyi sangkakala! Tetapi mereka berkata: Kami tidak mau memperhatikannya! Sebab itu dengarlah, hai bangsa-bangsa, dan ketahuilah, hai jemaat, apa yang akan terjadi atas mereka! Dengarlah, hai bumi! Sungguh, ke atas bangsa ini Aku akan mendatangkan malapetaka, akibat dari rancangan-rancangan mereka, sebab mereka tidak memperhatikan perkataan-perkataan-Ku dan menolak pengajaran-Ku.
i. Akui dosa-dosa korporat Gereja (umat Allah) dan negara di mana kita telah menolak nilai-nilai-Nya, memutarbelitkan kebenaran Alkitab, menyangkal Ketuhanan-Nya, menyimpang dari jalan kebenarap-Nya (keadilan dan kebenaran berdasarkan piawai Allah). Luangkan masa untuk meminta Roh Kudus untuk mendedahkan dosa-dosa Gereja dan negara kepada kita, dan memohon belas kasihan dan rahmat Allah
ii. Berdoa untuk rahmat Allah atas negara-negara yang terjejas oleh Covid-19 dan meminta Allah untuk menyelamatkan negara-negara ini. Berdoa dan menentang kerja-kerja penghancuran musuh yang bertentangan dengan tujuan Allah untuk bangsa-bangsa. (Sila rujuk senara negara yang terjejas oleh koronavirus)
• Berdoa menentang ketakutan (Gunakan Mazmur 91, 23, 46 untuk berdoa)
• Berdoa untuk mereka yang sedang atau akan terjejas oleh penyebaran koronavirus yang berterusan ini dan berdoa untuk kesembuhan. Berdoa untuk mereka di mana nafkahnya terjejas, dan pelajar di mana pelajaran mereka terganggu
• Berdoa agar umat Kristian di serata dunia dapat menyebarkan berita pengharapan dan dorongan secara efektif dalam masa krisis ini, terutamanya Gereja di Malaysia dan provinsi Asia Tenggara
• Berdoa untuk pemimpin negara dan kepimpinan Gereja Allah, agar mereka dikurniakan hikmah dari Allah untuk membuat keputusan yang saleh dan memberikan kepimpinan yang saleh kepada mereka yang di bawah tanggungjawab mereka. Ingati dalam doa, terutamanya Bisyop Agung dan semua Bisyop kita, Perdana Menteri kita dan kabinetnya
• Berdoa untuk perlindungan ke atas kakitangan perubatan, dan mereka yang berada di barisan hadapan termasuk polis, tentera, pembekal perkhidmatan penting, warga tua, mereka yang masalah kesihatan, dll
• Berdoa untuk hikmah Allah pada saat kita menyesuaikan diri dengan normal baru dalam hidup kita pada masa ini. Berdoa agar Gereja akan terus mengalami hadirat Allah secara mendalam dalam cara kebaktian yang baru pada hari Minggu, sepanjang Minggu Suci dan Paskah
iii. Pandanglah pada TUHAN dengan pengharapan untuk rahmat dan kasih-Nya
Yeremia 29:11
Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan.
• Berdoa untuk kesembuhan dan pemulihan Allah pada bangsa-bangsa, terutamanya Malaysia
• Berdoa agar bangsa-bangsa akan berpaling pada Allah dan menaruhkan harapan mereka pada Allah. Berdoa agar orang ramai akan merendahkan diri mereka dan berbalik pada Allah untuk pertolongan dan rahmat
• Berdoa agar bangsa-bangsa akan menemukan Yesus sebagai pengharapan yang pasti dalam masa-masa kesulitan
• Laungkan damai, hidup, harapan dan pemulihan pada negara kita, dan bangsa-bangsa
• Berdoa agar ekonomi, sistem kewangan dan hubungan antarabangsa sedunia akan dipulihkan untuk masa depan yang lebih baik