Bahan Doa—12 April 2020

 

1. Kesyukuran

1 Korintus 15:54-58
Dan sesudah yang dapat binasa ini mengenakan yang tidak dapat binasa dan yang dapat mati ini mengenakan yang tidak dapat mati, maka akan genaplah firman Tuhan yang tertulis: “Maut telah ditelan dalam kemenangan. Hai maut di manakah kemenanganmu? Hai maut, di manakah sengatmu?” Sengat maut ialah dosa dan kuasa dosa ialah hukum Taurat. Tetapi syukur kepada Allah, yang telah memberikan kepada kita kemenangan oleh Yesus Kristus, Tuhan kita. Karena itu, saudara-saudaraku yang kekasih, berdirilah teguh, jangan goyah, dan giatlah selalu dalam pekerjaan Tuhan! Sebab kamu tahu, bahwa dalam persekutuan dengan Tuhan jerih payahmu tidak sia-sia.

◦ Mari kita ucap syukur dan pujian kepada Allah atas Pengharapan dan Kuasa Kebangkitan Yesus. Bersyukur pada TUHAN kerana mati tidak lagi mengancam kita dengan keputusasaan
◦ Kita bersyukur pada TUHAN kerana memberi hikmah kepada pemimpin negara ini dalam membuat keputusan untuk kebajikan dan keselamatan rakyat. Kita bersyukur pada TUHAN atas semua Tindakan yang telah diambil untuk membanteras pandemik COVID-19 dan dedikasi setiap kakitangan garis depan, yang termasuk kakitangan perubatan, polis, tentera, RELA, kakitangan penghantaran makanan, dll
◦ Kita memuji Allah atas kreativiti yang diberi-Nya kepada pendidik, gereja, dll, dalam mengguna sumber-sumber online untuk terus berhubung dengan orang lain
◦ Bersyukur pada Allah kerana ramai telah sembuh daripada jangkitan COVID-19
◦ Bersryukur pada TUHAN kerana memberi kekuatan, pengharapan dan dorongan kepada Gereja menerusi firman-Nya dan dengan Roh Kudus-Nya. Kita bersyukur pada TUHAN untuk kepimpinan Diosis kita dalam menyampai firman Allah kepada kita dan mendorong kita
◦ Kita bersyukur pada TUHAN atas pembekalan-Nya, keluarga, rumah dan tempat perlindungan yang kita ada pada saat ini, dan pasa setiap masa
◦ Luangkan masa untuk memuji Allah dan menyembah-Nya untuk Pengharapan yang kita ada di dalam Allah yang mengasihi kita dan terus menyediakan bagi kita

2. Pertaubatan

Pertaubatan peribadi dan korporat

Matius 25:24-30
Kini datanglah juga hamba yang menerima satu talenta itu dan berkata: Tuan, aku tahu bahwa tuan adalah manusia yang kejam yang menuai di tempat di mana tuan tidak menabur dan yang memungut dari tempat di mana tuan tidak menanam. Karena itu aku takut dan pergi menyembunyikan talenta tuan itu di dalam tanah: Ini, terimalah kepunyaan tuan! Maka jawab tuannya itu: Hai kamu, hamba yang jahat dan malas, jadi kamu sudah tahu, bahwa aku menuai di tempat di mana aku tidak menabur dan memungut dari tempat di mana aku tidak menanam? Karena itu sudahlah seharusnya uangku itu kauberikan kepada orang yang menjalankan uang, supaya sekembaliku aku menerimanya serta dengan bunganya. Sebab itu ambillah talenta itu dari padanya dan berikanlah kepada orang yang mempunyai sepuluh talenta itu. Karena setiap orang yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan. Tetapi siapa yang tidak mempunyai, apapun juga yang ada padanya akan diambil dari padanya. Dan campakkanlah hamba yang tidak berguna itu ke dalam kegelapan yang paling gelap. Di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi.”

Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa ketidaksetiaan pada peringkat peribadi dan keluarga:

◦ Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa ketidaksetiaan terhadap janji-janji yang kita buat dengan orang lain dan dalam perkahwinan
◦ Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa ketidaksetiaan terhadap janji-janji yang kita buat dengan Allah dalam pembaptisan, penetapan, pentahbisan, dll
◦ Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa ketidaksetiaan dalam kebendaharaan kewangan dan wang pada peringkat peribadi dan keluarga
◦ Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa mempendam karunia-karunia, bakat-bakat dan sumber sumber kita daripada digunakan untuk Kerajaan dan pelayanan Allah, untuk tujuan kebenaran
◦ Akui dan bertaubat daripada menyalahgunakan karunia baik Allah dalam hidup kita
Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa di peringkat korporat:
• Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa ketidaksetiaan dalam kebendaharaan wang dan sumber-sumber dalam Gereja, di mana kita telah gagal untuk menggunakannya untuk membangun dan mengembangkan Kerajaan Allah
• Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa di mana kita telah gagal untuk menjadi bendahara kebenaran dan injil Allah yang taat dan setia, di mana kita tidak menyebar dan memberitakan kebenaran dan injil Allah dengan bersungguh-sungguh
• Akui dan bertaubat daripada apa-apa Tindakan ketidaksetiaan Gereja

Akui dosa-dosa negara:

• Meminta TUHAN untuk mengampuni kita kerana kita telah menyalahgunakan sumber semula jadi negara kita, pada masa lalu dan sekarang
• Akui di hadapan TUHAN dan memohon belas kasihan-Nya kerana tidak mengurus kewangan dan ekonomi negara ini dengan taat dan setia, sama ada pada masa lalu atau sekarang
• Akui dosa-dosa memecah perjanjian secara cerai dalam negara ini. Meminta rahmat Allah

3. Berdoa untuk bangsa-bangsa

◦ Berdoa agar kita akan meningkatkan tahap pertaubatan di hadapa TUHAN yang akan menyebabkan rahmat-Nya memenangi pandemik COVID-19 dalam negara ini
◦ Berdoa agar kita yang berdoa akan menerima kekuatan daripada TUAHn untuk berdoa secara efektif dalam musim berdoa dan pertaubatan ini dalam Nama Yesus
◦ Isytiharkan bahawa mereka yang mempercayai TUHAN pada musim ini akan menerima imuniti ilahi daripada TUHAN dalam menentang wabak ini
◦ Membawa pertaubatan untuk semua kegelapan yang memenuhi tanah kita dan memberi musuh peluang untuk menindas kita. Banyak tabiat dan aktiviti sosial yang kita anggap normal adalah kekejian di hadapan TUHAN
◦ Bertaubat daripada semua ketidakmoralan seksual di tanah ini
◦ Bertaubat atas budaya minum arak dalam negara kita yang melemahkan kita terutamanya kaum lelaku dan bapa yang telah menjadi tidak bertanggungjawab dan tidak dapat menjaga keluarga mereka

◦ Berdoa untuk rahmat Allah atas negara-negara yang terjejas oleh COVID-19 dan meminta Allah menyelamatkan negara-negara ini. Berdoa dan menentang kerja-kerja penghancuran musuh yang bertentangan dengan tujuan Allah untuk bangsa-bangsa. (Sila rujuk senara negara yang terjejas oleh koronavirus)
i. Berdoa menentang ketakutan (gunakan Mazmur 91, 23, 46 untuk berdoa)
ii. Berdoa untuk mereka yang sedang atau akan terjejas oleh penyebaran koronavirus yang berterusan ini dan berdoa untuk kesembuhan. Berdoa untuk mereka di mana nafkahnya terjejas, dan pelajar di mana pelajaran mereka terganggu
iii. Berdoa untuk kerajaan kita dan kerajaan lain di serata dunia, agar mereka akan mempunyai hikmah untuk meminima, mengawal dan membanteras pandemik ini
iv. Berdoa untuk ketersediaan sumber-sumber untuk membantu membanteras virus ini, terutamanya di negara-negara miskin
v. Berdoa agar umat Kristian di serata dunia dapat menyebarkan berita pengharapan dan dorongan secara efektif dalam masa krisis ini, terutamanya Gereja di Malaysia dan Provinsi Asia Tenggara
vi. Berdoa untuk pemimpin negara dan kepimpinan Gereja Allah, agar mereka dikurniakan hikmah dari Allah untuk membuat keputusan yang saleh dan memberikan kepimpinan yang saleh kepada mereka yang di bawah tanggungjawab mereka. Ingati dalam doa, terutamanya Archbisyop dan semua Bisyop kita, Perdana Menteri kita dan kabinetnya
vii. Berdoa untuk perlindungan ke atas kakitangan perubatan, dan mereka yang berada di barisan hadapan termasuk polis, tentera, pembekal perkhidmatan penting, warga tua, mereka yang ada masalah kesihatan, dll
viii. Berdoa untuk hikmah Allah pada saat kita menyesuaikan diri dengan normal baru dalam hidup kita pada masa ini. Berdoa agar Gereja akan terus mengalami hadirat Allah secara mendalam dengan cara kebaktian yang baru pada hari Minggu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ix. Berdoa untuk kesembuhan dan pemulihan ekonomi negara dan kewangan rakyat negara ini selepas PKP ditarik

◦ Carilah TUHAN dengan pengharapan untuk rahmat dan kasih-Nya

Yesaya 64:8-9
Tetapi sekarang, ya TUHAN, Engkaulah Bapa kami! Kamilah tanah liat dan Engkaulah yang membentuk kami, dan kami sekalian adalah buatan tangan-Mu. Ya TUHAN, janganlah murka amat sangat dan janganlah mengingat-ingat dosa untuk seterusnya! Sesungguhnya, pandanglah kiranya, kami sekalian adalah umat-Mu.

i. Berdoa agar bangsa-bangsa akan berbalik pada Allah dan menaruhkan kepercayaan mereka pada Allah. Berdoa agar orang ramai akan rendahkan diri mereka dan berbalik pada Allah untuk pertolongan dan rahmat
ii. Berdoa agar orang ramai di negara ini akan dapat mencari Yesus sebagai pengharapan yang pasti dalam masa kesulitan
iii. Laungkan damai, hidup, pengharapan dan pemulihan terhadap negara kita dan bangsa-bangsa
iv. Berdoa agar ekonomi, sistem kewangan dan hubungan antarabangsa sedunia akan dipulihkan untuk masa depan yang lebih baik

◦ Fokus pada Salib Yesus, dan gunakan Kuasa Nama Yesus untuk menentang semua virus