Khemah Belia BM Diosis—21-23 Ogos 2018

Belia dan beliawanis sekalian, Khemah Belia Diosis (KBDOS) tahun ini akan berlangsung pada 21-23 Ogos 2018 di Sandakan! Tema khemah tahun ini ialah “Sekarang Waktunya.” Kami yakin semua yang datang akan diberkati oleh khutbah yang akan disampaikan dan bengkel yang akan dijalankan, serta persekutuan and persahabatan di antara para peserta. Sila rujuk poster-poster di bawah untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran, tempahan hotel, makanan, jadual waktu dan lain-lain.